Tip: Perhubungan

Tubuhkan satu ‘Kelab Cinta’ bersama-sama mereka yang menghayati sepenuhnya percintaan dan hubungan. Kongsi bersama idea-idea percintaan, roman dan juga perhubungan. Ini akan meluaskan lagi skop dunia cinta dan perhubungan anda bersama yang tersayang… : )

Bayar Diri Anda Dulu!

“Erm, hari ni gaji masuk.. Anak aku dah lama mintak ‘game’ tu, baik aku beli… Tapi kang nak kena bayar bil, isteri pulak nak kena bayar duit ‘gym’ lagi.. Duit kereta pulak dah dua bulan tak bayar, macam mana ek?.. Hai, pening-pening…”

Anda biasa mendengar situasi di atas? Atau mungkin anda sendiri pernah mengalaminya..

Ya, memang benar kata orang, duit tidak boleh membawa kebahagiaan. Tetapi tanpa duit atau wang, ia boleh menyebabkan kesengsaraan!

Jikalau anda berada dalam situasi di atas, apakah yang mungkin anda lakukan? Sudah tentu anda akan mencari wang tambahan atau ’side income’!

Memang benar adalah mudah untuk mencari peluang-peluang menambah wang tambahan masa kini. Namun adalah penting untuk mengetahui bahawa dengan wang yang lebih banyak tidak akan menyelesaikan masalah anda. Pokoknya, ia adalah bagaimana anda membelanjakan wang anda dan bukannya berapa banyak wang yang anda ada.

Secara ringkasnya, saya di sini ingin mengajar sebuah teknik yang cukup mudah dan praktikal. Pelajar sekolah rendah pun boleh mengikutnya!

Tadaa!! Saya mempersembahkan Formula 10%

OK, secara basis, anda hanya perlu menyimpan 10% daripada wang gaji anda. Mungkin ada yang mengatakan “Wah, banyaknya!”. Namun, harus diingat bahawa amaun ini adalah amaun terendah yang perlu anda simpan untuk mengumpul kekayaan. Hendak tahu sejauh mana keberkesanannya? Mari kita membuat satu kes studi..

Katakan anda berpendapatan RM2000 sebulan dan anda menyimpan secara konsisten 10% daripada gaji anda selama 20 tahun bermula Januari 2008. Agak-agaknya, berapakah jumlah wang yang akan anda perolehi setelah 20 tahun?

Saya kirakan, ya?

10% x RM2000 = RM200

RM200 x 12 bulan = RM2400 setahun

RM2400 x 20 tahun = RM480,000!!!

Lihat betapa lumayannya pulangan anda walaupun pada kadar 10%. Diingatkan juga bahawa gaji contoh yang digunakan ialah RM2000. Bayangkan jika anda yang berpendapatan RM4000, Rm5000 atau RM8000! Sudah pasti anda akan mendapat habuan yang besar! WAW! (Boleh beli kereta Ferrari tu. Hehehe. : ) )

Jadi, apa kata anda cuba menggunakan formula ini untuk selama setahun. Selepas itu cuba lihat hasilnya. Dengan disiplin yang tinggi, saya yakin anda mampu melakukannya.

Semoga berjaya!

Fokus: Penentu Segalanya!

Saya pasti anda biasa dengan mendengar nama-nama seperti Bill Gates, Donald Trump dan juga Warren Buffet. Apakah persamaan antara mereka ini? Ya, memang kita sedia maklum bahawa mereka merupakan antara ‘billionaire’ terulung di dunia. Tetapi, adakah mereka mengecapinya dengan sekelip mata?

TIDAK!

Mereka adalah seperti mana mereka ada sekarang adalah berkat usaha mereka sendiri sejak sekian lama. Mereka menumpukan segala usaha mereka dalam apa yang mereka lakukan. Mereka berjaya kerana mereka sentiasa FOKUS!

Pernah seorang mentor saya dahulu memberitahu saya bahawa perkataan FOCUS (Bahasa Inggeris) itu sendiri dapat diterjemahkan seperti berikut:

  • F = Forget
  • O = Other
  • C = Company
  • U = Until
  • S = Success!!!

Tersenyum saya apabila mendengar ini. Memang betul kata mentor saya. Dalam suatu pekerjaan yang kita buat, tanpa fokus dan usaha yang berterusan akan menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam. Sememangnya rugi bagi mereka yang mengamal cara ini. Bayangkan betapa banyak masa dan wang yang telah dibelanjakan dalam suatu usaha, akhirnya dibiarkan begitu sahaja.

Oleh itu, bagi mereka yang selalu membuat perkara ’sekerat jalan’, renung-renungkanlah. Hidup ini hanya sekali dan masa yang berlalu tidak akan kembali. Oleh itu, hargailah setiap peluang yang ada dan bersungguh-sungguhlah dalam melakukannya.

Sekian.

Selamat Datang!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat datang ke Blog Motivasi Kendiri ini. Blog ini pada amnya akan membincangkan motivasi dalam kehidupan seharian kita. Ini merangkap hal-hal kewangan, pekerjaan, pelajaran dan juga perhubungan. Para pembaca digalakkan memberi idea-idea yang mungkin dapat membantu pembaca-pembaca yag lain. Diharap semua pihak dapat memanfaatkan blog ini bersama.

Yang Mendoakan Kebahagiaan Anda,

Tn. Hj. Nurul Ashraf Bin Hj. Abd Ghani