Saya pasti anda biasa dengan mendengar nama-nama seperti Bill Gates, Donald Trump dan juga Warren Buffet. Apakah persamaan antara mereka ini? Ya, memang kita sedia maklum bahawa mereka merupakan antara ‘billionaire’ terulung di dunia. Tetapi, adakah mereka mengecapinya dengan sekelip mata?
TIDAK!
Mereka adalah seperti mana mereka ada sekarang adalah berkat usaha mereka sendiri sejak sekian lama. Mereka menumpukan segala usaha mereka dalam apa yang mereka lakukan. Mereka berjaya kerana mereka sentiasa FOKUS!
Pernah seorang mentor saya dahulu memberitahu saya bahawa perkataan FOCUS (Bahasa Inggeris) itu sendiri dapat diterjemahkan seperti berikut:
- F = Forget
- O = Other
- C = Company
- U = Until
- S = Success!!!
Tersenyum saya apabila mendengar ini. Memang betul kata mentor saya. Dalam suatu pekerjaan yang kita buat, tanpa fokus dan usaha yang berterusan akan menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam. Sememangnya rugi bagi mereka yang mengamal cara ini. Bayangkan betapa banyak masa dan wang yang telah dibelanjakan dalam suatu usaha, akhirnya dibiarkan begitu sahaja.
Oleh itu, bagi mereka yang selalu membuat perkara ’sekerat jalan’, renung-renungkanlah. Hidup ini hanya sekali dan masa yang berlalu tidak akan kembali. Oleh itu, hargailah setiap peluang yang ada dan bersungguh-sungguhlah dalam melakukannya.
Sekian.




