Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
Mungkin anda telah melawat blog ini setelah sekian lama. Ataupun anda baru sahaja melawat blog ini buat kali pertama. Tentu anda ingin tahu siapa penulisnya, bukan?
Saya dilahirkan di Kuala Lumpur dan diberi nama Nurul Ashraf Bin Abd Ghani oleh kedua-dua ibu bapa yang tercinta. Namun begitu, saya menghabiskan banyak masa saya dan mula mengenal dunia di Seremban, Negeri Sembilan atas sebab pembelajaran. Pada tahun lepas, iaitu tahun 2006 sahaja saya mula mengenal ibu kota Kuala Lumpur. Walaupun begitu, itu tidak menjadikan saya bagai rusa masuk ke kampung!
Alhamdulillah, kini walaupun belum berkeluarga, saya bersyukur dengan mendapat pekerjaan sebagai seorang Konsultan Perancang Kewangan. Impian saya adalah memiliki syarikat saya sendiri yang menghasilkan kereta eksotik dari Malaysia, memandangkan sebahagian minat saya adalah dalam dunia permotoran. Insyaallah, impian ini akan saya usahakan sehingga berhasil. Kata orang, “Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih!”.
Blog ini diterbitkan saya atas dasar minat saya kepada motivasi dan ilmu psikologi yang amat saya gemari dari zaman sekolah menengah lagi. Bagi saya, saya lebih suka membantu mereka yang memerlukan dalam aspek pembinaan diri dan juga membincangkan pendapat yang terbuku di hati. Saya yakin, setiap manusia ingin hidup bebas daripada masalah dan kerana itulah saya di sini ingin memberi tips-tips yang mungkin berguna. Insyaallah.
Akhir kata, saya berharap agar setiap pembaca yang melawat blog ini sentiasa ceria. Jangan lupa untuk mengikuti perkembagan Blog Motivasi Kendiri dari semasa ke semasa!
Rakan Ceria Anda,
Tn. Hj. Nurul Ashraf Bin Abd Ghani




